Friday, 15 September 2017

PERSEDIAAN SEBELUM MELANJUTKAN PELAJARAN



Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) demi masa depan yang gemilang.  
Berikan pendapat tentang persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT.

Pendahuluan : Menuntut ilmu bolehlah diibaratkan sebagai suatu jihad. Bagi setiap pelajar yang memiliki visi untuk berjaya sehingga ke peringkat tertinggi, menamatkan pengajian di peringkat universiti adalah menjadi destinasi akhir perjalanan akademik mereka. Walaupun pertumbuhan institusi pengajian tinggai (IPT) sama ada IPT awam mahupun swasta tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, namun persaingan untuk mendapat tempat bukanlah mudah. IPT terkemuka dunia seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge, Universiti Harvard dan California Institute Of Technology antara IPT tersohor dunia yang menjadi pilihan pelajar. Hal yang sama juga berlaku dalam negara apabila Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Petronas terus menjadi pilihan. Bukan sekadar pencapaian akademik yang cemerlang sahaja, bahkan keterampilan dalam aspek lain menjadi syarat tambahan untuk memasuk IPT seperti itu. Dengan hal yang demikian, saya sewajarnya sedar dan perlu membuat persediaan rapi untuk memperoleh keputasan yang cemerlang dan menjadi asbab saya terpilih untuk memasuki IPT yang hebat dan ternama.

Isi 1: Langkah paling utama mesti fokus terhadap akademik - pelajaran menjadi teras terpentinng kelayakan masuk di mana-mana IPT - mesti belajar secara teratur – disiplin yang tinggi dan lebih fokus

Isi 2 : Mencari maklumat lanjut tentang IPT pilihan - mengetahui kursus yang ditawarkan - syarat-syarat kemasukan - peraturan am dan yuran pengajian

Isi 3 : Memperlengkap diri dalam aspek seperti kelayakan akademik, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum - memenuhi syarat asas kelayakan masuk - bergiat aktif dalam kegiatan sosial yang sah di sisi undang-undang - tidak terlibat dengan aktiviti yang salah di sisi undang-undang

Isi 4: Menyediakan dana yang mencukupi - kos pengajian di IPT yang ternama biasanya lebih mahal - mencari maklumat lengkap tentang penaja biasiswa dan bantuan kewangan - membuat tabungan sama ada melalui SSPN atau simpanan dalam institusi kewangan

Isi 5 : Mengenal pasti kursus yang ditawarkan sesuai dengan minat dan cita-cita - belajar secara konsisten dan memberi tumpuan kepada subjek yang menjadi syarat utama kemasukan - cuba sedaya upaya untuk beroleh cemerlang dalam semua subjek yang diambil - sebagai syarat utama untuk memohon biasiswa

Kesimpulan : Peribahasa ada menyatakan, hidup tanpa cita-cita ibarat pohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Peribahasa ini mengiaskan kepada individu yang tidak mahu melihat ke hadapan dan gagal merancang masa depannya. Oleh sebab itu, untuk menjadi insan yang berjaya dan memberi impak berguna kepada negara, saya seharusnya berjuang untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik. Demi merealisasikan hasrat tersebut saya perlu bersedia dengan seluruh jiwa raga di samping tidak mengabaikan munajat dan doa, moga-moga impian saya untuk menjejaki IPT terunggul termakbul.

  • ·       sesiapa yang gagal untuk merancang, dia merancang untuk gagal


William J Siegel